Piagam Sekolah


KAMI WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' MOHD TAHA DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:-

1) Berusaha dengan sedaya upaya memberi perkhidmatan pendidikan yang memuaskan kepada anak-anak didik kami sepanjang masa persekolahan

2) Memberi perkhidmatan dan layanan mesra kepada setiap tetamu dalam masa 15 minit

3) Memberi maklumat-maklumat kepada pihak-pihak berkenaan yang memerlukan dalam masa 1 minggu selepas tarikh yang diterima atau sebelum tarikh yang ditetapkan

4) Dalam kes-kes disiplin dan pembelajaran yang serius, kami hubungi ibu bapa dalam tempoh tidak lewat dari 3 hari

5) Semua aduan diberi perhatian dengan segera dalam tempoh 1 minggu atau sebelum tarikh yang ditetapkan

6) Memberi perhatian dan tindakan segera terhadap kes-kes kemalangan dan sakit pening dalam kalangan anak-anak didik kami yang berlaku di dalam kawasan sekolah

7) Mengamalkan tatacara kawalan disiplin yang sesuai dan adil untuk anak-anak didik kami sepanjang masa persekolahan

8) Bersedia dan mengaturkan perbincangan dengan ibubapa mengenai kemajuan pendidikan anak-anak mereka sekurang-kurangnya satu kali setahun

9) Sentiasa menerima cadangan dan pandangan yang positif untuk mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah sepanjang tahun

Post a Comment

Previous Post Next Post