Permohonan Mengikuti Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara (Timur Tengah)

 

A. Syarat Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti di Mesir Sesi Akademik 2012/2013

1. Memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau B (SPM tahun 2011) dalam; (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah). 

Tarikh tutup permohonan: 1 Jun 2012 


B. Syarat Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Jordan Sesi Akademik 2012/2013


i.  Perubatan dan Pergigian 

  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM  termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan) atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM.

ii.    Pengajian Islam 
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kepujian bagi semua mata pelajaran (khusus mata pelajaran Bahasa Arab) berkaitan bagi semua bidang pengajian di peringkat SPM.
Tarikh tutup permohonan: 18 Mei 2012 

C. Syarat Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Morocco Sesi Akademik 2012/2013



Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2011) dengan memperoleh lima (5) Kepujian; dan mendapat B bagi subjek Bahasa Arab. Pemohon yang  Mempunyai sijil (SPM) selain daripada tahun 2011 anda TIDAK LAYAK untuk memohon. 
Tarikh tutup permohonan: 8 Jun 2012 
* Semua pemohon yang memohon untuk pengajian perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian:
03-8870 6611 – Mohd Zahiruddin
03-8870 6627 – Mohd Amir Syafizi
03-8870 6622 – Mariatul


Post a Comment

Previous Post Next Post