Projek Seminar Pendidikan Kebangsaan Universiti Malaya (PROSPEK)

Tarikh : 3 Mac 2012
Tempat : Dewan SMK Dato' Mohd Taha, Gemencheh, Negeri Sembilan


About

Sebuah projek berunsurkan pendidikan anjuran Jawatankuasa Kerja Perkembangan Akademik dan Intelektual, Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya.

Description

Projek Seminar Pendidikan Kebangsaan (PROSPEK) di bawah anjuran Jawatankuasa Kerja Perkembangan Akademik dan Intelektual, Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya, adalah merupakan projek penjelajahan ke negeri-negeri yang terpilih di Semenanjung Malaysia. Penjelajahan ini membawa harapan untuk pendedahan awal kepada pelajar-pelajar sekolah yang akan menjejak ke menara gading dengan segala maklumat mengenai Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTA/IPTS), pinjaman dan biasiswa yang ditawarkan.


Penjelajahan ini melibatkan pelajar yang terdiri daripada tingkatan lima dan enam atas di setiap negeri. Di sini, para pelajar akan diberi input secara langsung mengenai universiti-universiti pilihan terbaik dan pemilihan kursus-kursus samada di IPTA atau IPTS.


Selain itu, pelajar juga akan didedahkan mengenai pinjaman dan peluang-peluang biasiswa yang boleh diperoleh untuk melanjutkan pelajaran.


sumber: facebook PROSPEK






























Post a Comment

Previous Post Next Post