
1963
- nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Gemencheh (SMG)
 - Peringkat awal pelajar menumpang di Standard Type Primary School yang ditadbir oleh En. Shuck Ket Cheng sebagai pengetua yang pertama
 - Bilangan pelajar semasa itu seramai 100 orang pelajar Melayu dan kelas tingkatan 1 dan 2 dibuka dengan tenaga pengajar seramai 6 orang
 
1965
- Kementerian Pendidikan telah membina bangunan baru iaitu 2 blok bangunan 2 tingkat, sebuah kantin, 2 unit rumah guru kelas F dan tiga unit rumah guru kelas G
 - Pelajar yang menumpang di sekolah rendah juga telah dipindahkan ke bangunan baru
 - Sekolah mula ditadbir oleh En. Mustafa b. Jabil (ketika itu dikenali sebagai Penyelia Sekolah)
 - Dua aliran bahasa dibuka di sekolah iaitu aliran bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris dijalankan pada sesi pagi dan petang.
 
1972
- YB Dato' Mohd Taha B Abd Talib telah dipilih sebagai Yang Dipertua PIBG yang pertama
 
1975
- Sekolah Menengah Gemencheh telah ditukar nama kepada Sek. Men. Keb. Dato' Mohd Taha sempena mengenang nama tokoh politik tempatan Allahyarham Dato' Mohd Taha b. Abd Talib yang telah banyak berjasa kepada perkembangan dan kemajuan sekolah ini
 
1980
- Sekolah ini mula membuka kelas aliran sains dan telah dinaik taraf ke gred A
 
1986
- Bangunan tambahan telah dibina selaras dengan pertambahan bilangan pelajar
 - Terdapat 6 blok bangunan dan mempunyai 31 bilik darjah dan 5 buah makmal Sains
 
1987
- Bilangan bilik darjah bertambah kepada 45 bilik selepas bangunan tambahan siap dibina
 
1988
- Sekolah ini telah dirasmikan oleh YB En. Anuar Bin Ibrahim (Menteri Pendidikan ketika itu) sempena sambutan Jubli Perak (25 tahun) sekolah
 - Kelas Tingkatan 6 (aliran sastera) diwujudkan
 - Penubuhan Asrama Desa untuk menampung pelajar perempuan dari kawasa yang berjauhan
 
1989
- Satu blok bangunan 3 tingkat siap dibina selaras dengan bilangan pelajar yang semakin ramai
 - Kemudahan telefon awam disediakan
 
1993
- Satu blok yang mempunyai 3 makmal Sains Tulen, satu blok dua tingkat bangunan pengajar Kemahiran Hidup dan satu bangunan Sains Pertanian siap dibina
 
1994
- Sebuah astaka untuk kemudahan perhimpunan dibina, bilik guru dinaiktaraf dan 3 unit rumah guru kelas F siap dibina
 
1999
- Satu blok bangunan 4 tingkat dibina, 2 unit rumah guru (berkembar) kelas F dibina
 - Satu gelanggang tenis disediakan
 
2002
- Satu blok makmal komputer 2 tingkat dibina
 - Mewujudkan Galeri Sejarah
 - Padang hoki turf separuh padang siap dibina (Sumbangan MSN)
 
2003
- Padang sekolah diperbesarkan dan membolehkan balapan 400 meter dibina
 - Mengubahsuai Bilik Gerakan
 
2004
- Pagar sekolah baru dibina
 
2006
- Kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf Surau Sekolah
 
2007
- Pusat Akses Internet
 - Penyelenggaraan Dewan Sekolah, menaiktaraf tandas guru dan pelajar dan Klinik Pergigian Sekolah
 
2008
- Pembinaan asrama Aspura dan Aspuri beserta surau dan dewan makan
 
2009
- Pembinaan 3 blok baru (kantin, kelas-kelas mekanikal)
 
2010
- Penyerahan blok baru
 
2011
- Pembinaan Surau Baru dijalankan
 
